Friday, 30 September 2011

SALAH SIAPA??

Kejam... Itulah satu rasa yang tumbuh sejenak di lubuk hati untuk melahirkan rasa insaf dan simpati kepada rakyat palestin, Yahudi dipersalahkan... anak-anak kecil yang wajar menikmati keamanan di zalimi bagaikan binatang, si ibu hanya mampu meratapi pemergian Al-Syuhadah... Kenapa perkara ini boleh berlaku??. Jika Nabi Muhammad masih disini inikah yang akan berlaku atau jika umat Islam masih berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadith dapatkah Zionis merobek maruah anak si palestin??...


 Lihatlah bagaimana tamadun islam dahulu mampu untuk menguasai dunia. Dari zaman para sahabat sehinggalah Kerajaan Turki Uthmaniah di mana ilmu pengetahuan menjadi asas kehidupan mereka. Hari ini kita lalai, hari ini kita bodoh kerana masih mempersendakan wasiat Muhammad. Kerana itulah kita ditindas, kerana itulah umat Islam dihina dan dan kini kita hanya ibarat anjing yang menyalakkan bukit yang tidakan membawa sebarang makna kepada dunia. Cukupkah demonstrasi kita untuk menghentikan diskriminasi ini, ataupun dengan hanya membakar bendera Amerika dan Israel dapat menyelamatkan satu nyawa di Palestin... Kita bodoh kerana kerana memulaukan ilmu mereka dan mengapa tidak kita letakan kesalahan ini pada diri kita sendiri. Mesir yang kononnya gedung ilmu dunia Islam adalah punca kepada penderitaan Palestin. Rakyat Palestin sendiri tidak bersatu, mereka lebih rela memperhambakan ideologi politik sendiri daripada nyawa anak bangsa mereka. Merekalah yang telah membuka rung kepada bangsa asing untuk terus menindas mereka. Mengapa kita masih menyalahkan pihak lain??.... Kenapa produk arab tidak kita boikot seperti kebanyakan barangan yahudi, bukankah mereka lebih menzalimi seagama mereka sendiri??... Jika hari ini kita mampu berbangga dengan Al-Azhar yang menjadi nadi kepada cendekiawan agama, Sedarkah kita pengasasnya Ibn Killis adalah seorang yang berbangsa yahudi dan begitu jugalah dengan perawi hadith yang masyur Iwahb bin Munabbih. Sedarkah kita, yahudi turut memainkan peranan dalam peradaban kita. Mereka suatu bangsa yang hebat dan kerana ilmulah mereka hebat. Mereka bersatu, walaupun pelbagai episod penindasan yang mereka hadapi tetapi dengan ilmu mereka mampu bangkit berulangkali.

 Sedarlah saudaraku, hanya dengan ilmu kita mampu maju. Hanya ilmu yang mampu membawa kita menjuzuki keindahan ciptaan yang maha esa. Tapi sayang, ramai di antara kita yang gugur di medan perang ciptaan saudara seagamanya. Bila kita mahu bangkit, dunia serba maju tapi bukan kita yang nombor satu, dunia kini serba canggih tapi tetap kita masih menagihdan kenapa harus kita masih mengelamun.... SALAH SIAPA??.

Kita sebenarnya harus mengejar ilmu agar dapat kita lepasi belenggu kesedihan ini. Hanya dengan ilmulah nasib kita akan terubah dan seikhlasnya, janganlah kita sekali-kali menciptakan alasan untuk menutup setiap kelemahan yang ada pada diri. Redha dan tawakallah keatas setiap dugaanya dan moga itu kita mampu mendapat keredhaanya.....AMIN

1 comment: